Saturday, November 16, 2013

Sebuah Kejayaan menggamit Kegembiraan

Hari hari yang sibuk memang tiada masa nak mencorat-coret di sini. Walaupun sibuk menyiapkan urusan pelamin dan baju pengantin, Aku curi sedikit masa untuk berkongsi dan mengucapkan sekalung tahniah buat anak-anak didikku yang melakar sejarah kejayaan ..
       Pengumuman Keputusan UPSR 2014 begitu mengejutkan Warga SKP. Selaku emcee Pn. Aznida Mengumumkan yang Prestasi SKP begitu Cemerlang berada ditangga teratas dalam daerah atau PPD Besut. Kami Warga SKP sudah tentu berbangga dengan pencapaian ini.
      
       Kepada pelajar pelajarku yang berjaya mendapat 5A.......tahniah diucapkan........namun mesti diingat perjalanan masih lagi jauh....jadikan kejayaan ini satu semangat baru dalam diri untuk lebih berjaya dan berjaya yang boleh membanggakan kedua ibu bapa seterusnya mempunyai masa depan yg cerah.....cikgu sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kalian....
      Kepada yg x berjaya mendapat 5A , cikgu juga ucapkan tahniah.....tak berjaya hari ini tak bermakna tak berjaya pada masa akan datang.....yang penting usaha....pmr dan spm masih menunggu...ciptalah kejayaan kerana kamu masih belum terlambat....percayalah peluang masih lagi cerah......yg penting berusaha jangan mudah berputus asa...