Dah lama pasang niat utk jadi dealer borong jubah....sementara cuti sekolah ni bolehla intai-intai mana yang patut..untuk permulaan ni kami jahit jubah yang simple jer dulu tapi lebih mementingkan penampilan.material yang lembut membuatkan si pemakai selesa dan nampak lebih anggun....gabungan satin plain pada lengan seolah-olah menimbulkan lagi keanggunan si pemakai..jubah nu tidak mengikut badan dengan kata lain ketat.jubah ni kami jahit saiz s,m dan L.....kepada yang berminat untuk borong jubah ni boleh la pm admin...murah-murah jer....harga diluar dugaan..harga yg teramat murahhhhhh....
My Life
Love craft and travel
Thursday, December 4, 2014
Sunday, October 26, 2014
Cabaran Bisnes Butik
Sedikit kisah hidupku, aku insan yg bergelar guru namun sangat cintakan dunia seni dan jahitan.....tidak bermakna aku tidak suka kan dunia pendidikan...oh no no no.....periuk nasi tu...hehehehe..sebenarnya aku mmg sukakan jahitan ni, mungkin naluriku berseni...cewaaaaahhhh jgn jeles..dalam hati ada taman.sehari tanpa jahitan atau membuat kraf rasa mcm tak lengkap hidupku....suka mencuba sesuatu yang baru yg semestinya berkaitan kraf la kannnn.
Berbekalkan minat yg mendalam aku tekad untuk mempunyai butik sendiri. Akhirnya dengan rasminya aku telah mendaftarkan diri dlm dunia perniagaan..setelah disaring saring nama yang sesuai utk butik, aku memilih nama butik talita dgn maksud si cantik manis........lebih kurang laaaaa...tanggal 4 nov 2010 aku dengan rasminya memiliki butik yg diberi nama butik talita..maka dngan itu bermulalah episod baru hidupku dalam dunia bisnes...
Pada awalnya aku rasa mcm hebatkan....biasalah dah ada kedai sendiri ......kawan-kawan pun dah mula panggil tauke...huhuhu jenuh menepis.....ada yg perli, ada yg bg semangat dan tak kurang juga ada yg mendoakan kehancuran bisnes kita..apapun kita kena terima dengan redha....masa ni baru aku terfikir patutlah org tua tua kata nak buat bisnes ni kena kuat mental dan fizikal.inilah puncanya dari mulut org berhampiran dgn kita.......ermmmmmmm kalau x sabar rasa mcm mau nangis....nasib baik ada suami yg susah senang bersama...dalam buat bisnes ni redha suami tu amat penting....faham dgn kesibukan dan kadang2 ambil part utk tolong mana yg patut..
Pengalaman pertama menjalankan bisnes butik amat menyeramkan .....jangan takutttt seram sebab dalam masa sebulan berniaga memang tiakde pelanggan yg datang cuma adik beradik dan sedara mara...frust jgn cakap mcm down kan kita punya mental...ayuh kuatkan semangat mu....aku gagahkan jugak utk teruskan bisnes ni..betul kata org nak berjaya dlm bisnes mesti cekal,tabah dan semestinya sabar mesti tahap gaban.dalam tempoh 6 bulan gak la baru ada cust datang....jenuh menarik minat cust....perniagaan mula nampak kemajuan. Dah ada pengunjung....untuk pengetahuan semua aku menawarkan khidmat membaiki tudung dan sedia menerima tempahan tudung dari cust..alamdulillah berbekalkan kesabaran dan dengan izinnya pendapatan kami bertambah dari hari ke hari....
Dulu aku hanya mempunyai seorang pekerja dan 3 buah mesin jahit...kini aku mempunyai 3 orang pekerja dan 8 buah mesin jahit...alhamdulillah syukur pada mu ya Allah....semua rezeki pemberianmu dan segala yg direncanakan.....
Ooookkkk dah habis part saat genting dalam perniagaan...aku mula mengorak langkah demi utk memajukan bisnes...aku mula terfikir utk menjalankan perniagaan yg menawarkan servis pengantin...aku mula servey macam mana nak memulakan bisnes butik pengantin..tanya situ tanya sini...dan akhirnya aku sekali lg memberanikan diri utk bisnes ni....huhuhu......yg ni xlah pening sangat sb kita dah ada pengalaman dalam dunia bisnes...
Thursday, October 2, 2014
Mikrowave baruku
I Love mikrowave....semua kerja jadi senang dan cepat...ramai yg takut2 nak memasak guna mikrowave ni kononnya x pandai n takut...padahal inilah yg memudahkan kita memasak bg isteri2 yg bekerja...ringkas jer tekan n tunggu beeb dah masak,semudah abc.korang lepas baca ni terus pergi kedai elektrik beli mikrowave ya....model yg dulu dah rosak inverter box jd bila difikir2 akak beli yg baru..rasa mcm kurang sesuatu kalau takde mikrowave di dapur...asyik cerita jer kan mai kita tgk gambarnya......jenggggggg......tu dia......
Ini yg lama yg dah rosak
Monday, March 31, 2014
Coretan di China
Pertama kali terbang ke china mendebarkan disaat kehilangan MH370......kami tawakkal dan alhamdulillah selamat pergi dan balik.
Day 1 @ guangzhou
Ketibaan di Baiyun airport
Tengah fikir nak ambl taxi atau bas...akhirnya kami ambil 2 buah taxi untuk hantar ke garden hotel
Sunday, February 9, 2014
Bisnes oh Bisnes
Ya, memang 9/10 rezeki datang dari perniagaan...namun sebelum berjaya perit, getir dan cabaran begitu menguji mental dan fizikal.Dengan desakan modal yang kurang, pekerja yang lari, pelanggan yang suka mendesak....hahhhhh itu semua memang memenatkan.
Bagi mereka yang memandang dari jauh.....mereka hanya berkata untung la orang ada bisnes....kaya tu.....itu sekadar luaran tapi hakikatnya hanya allah maha mengetahui....
Bukan nak menakut nakutkan mereka yang baru berjinak dengan bisnes cabaran untuk 5 tahun perniagaan itu amat memeritkan..kena kuat mental dan fizikal....fuhhhhhh memang sape2 yang x tahan out lah dia punya bisnes...Nasihat aku kepada mereka yang ingin memulakan bisnes perlu minta izin dengan suami atau ibu bapa yg penting berkat tu....lepastu memang kena gandakan usaha untuk cari pasaran dan yang penting duit masuk....total bulan2 masuk bersih sama banyak dengan modal barulah ringan sikit beban....ya lah nak bayar gaji, bil, sewa kedai dan juga pusingan modal....kena bijak berbelanja..
Monday, February 3, 2014
Talita bridal's
Butik Talita merupakan sebuah butik yang menjual pakaian wanita, tudung dan menawarkan pakej pakej pengantin yang amat berpatutan...Kami mementingkan kualiti jahitan dan kepuasan hati pelanggan. Butik kami terletak di pasir puteh kelantan. Kami juga menawarkan khidmat membaiki awning tudung yang rosak...kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang terus ke butik kami atau whatapps @ 013-9485135....pakej pelamin yang kami tawarkan amatlah berpatutan....pakej bajet, pakej ekonomi dan pakej ekslusif...harga yg kami tawarkan terendah di pasaran.
Saturday, November 16, 2013
Sebuah Kejayaan menggamit Kegembiraan
Pengumuman Keputusan UPSR 2014 begitu mengejutkan Warga SKP. Selaku emcee Pn. Aznida Mengumumkan yang Prestasi SKP begitu Cemerlang berada ditangga teratas dalam daerah atau PPD Besut. Kami Warga SKP sudah tentu berbangga dengan pencapaian ini.
Kepada pelajar pelajarku yang berjaya mendapat 5A.......tahniah diucapkan........namun mesti diingat perjalanan masih lagi jauh....jadikan kejayaan ini satu semangat baru dalam diri untuk lebih berjaya dan berjaya yang boleh membanggakan kedua ibu bapa seterusnya mempunyai masa depan yg cerah.....cikgu sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kalian....